27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

SPR Cipta Rekod Tempoh Umum PRK Paling Panjang

Inilah dia rekod baru tersebut iaitu tempoh 40 hari

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor akan diadakan pada 16 November, umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 November, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

PRK Tanjung Piai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu berikutan komplikasi jantung.

berikut adalah fakta mengenai sejarah pilihanraya kecil pasca PRU 14
FAKTA PRK DI MALAYSIA
PRK sungai kandis
Tarikh kosong – 2 julai 2018
Tarikh SPR  terima notis kekosongan – 3 Julai 2018
Tarikh SPR mesyuarat – 9 julai
tarikh umum penamaan calon dan prk – 21 julai 2018
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 18 hari

PRK Balakong
tarikh Kosong – 20 julai 2018
tarikh SPR  terima notis kekosongan – 27 julai 2018
tarikh spr mesyuarat – 30 Julai 2018
tarikh umum penamaan calon dan prk – 8 september 2018
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 12 hari

PRK Seri Setia
tarikh Kosong – 2 ogos 2018
tarikh SPR terima notis kekosongan 3 ogos 2018
Tarikh SPR bermesyuarat – 8 ogos 2018
tarikh penamaan calon – 18 ogos 2018
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 15 hari

PRK Cameron Higland
tarikh SPR umum kekosongan – 15 disember 2018
tarikh SPR bermesyuarat – 19 disember 2019
tarikh penamaan calon – 12 Januari 2018
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 28 hari

PRK Semenyih
tarikh Kosong – 11 jan 2019
Tarikh SPR terima Notis Kekosongan – 15 Jan 2019
Tarikh SPR Bermesyuarat – 18 Januari 2019
Tarikh Penamaan Calon – 16 Februari 2019
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 32 hari
PRK Rantau

tarikh SPR umum kekosongan – 26 februari 2019
tarikh SPR bermesyuarat – 6 Mac 2019
tarikh penamaan calon – 30 mac 2019
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 32 hari

PRK Sandakan
Tarikh kosong – 28 Mac 2019
Tarikh SPR terima Notis Kekosongan – 1 April 2019
Tarikh SPR Bermesyuarat – 5 april 2019
Tarikh Penamaan Calon – 27 April 2019
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 26 hari

PRK Tanjung Piai
Tarikh Kosong – 21 September 2019
Tarikh SPR terima Notis Kekosongan – 23 september 2019
Tarikh SPR Bermesyuarat – 1 Oktober 2019
Tarikh Penamaan Calon – 2 November 2019
beza hari spr bermesyuarat dan penamaan calon – 40 hari

Inilah dia rekod baru tersebut iaitu tempoh 40 hari  yang juga merupakan hari yang paling lama yang diambil oleh SPR untuk menjalankan pilihanraya kecil pasca PRU 14 ini.

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan