SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan – Bantah Sekarang, Jangan Sudah Gazet Baru Memekak - pakdin.my

++++++

Suruhanjaya Pilihanraya

Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun ketiga 2012 yang menyenaraikan 135, 214 permohonan pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat pusat mengundi kini dipamer di 948 lokasi seluruh negara.

Ia akan dipamerkan sehingga 6 November depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan pendaftaran itu membabitkan 106,168 pendaftaran pemilih baru.

Manakala 29,046 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih sedia ada yang berdaftar dengan SPR.

Setiap permohonan akan melalui 148 tapisan termasuk semakan maklumat peribadi seperti kewarganegaraan, umur kelayakan dan kelayakan untuk menjadi pengundi tidak hadir sebelum dimasukkan ke dalam data rang berkenaan.

SPR menggalakkan pemilih berdaftar untuk membuat semakan dan bantahan dengan alasan tertentu seperti tidak bermastautin di alamat yang dipohon.

Ini kerana ada pihak mendakwa SPR sewenang-wenangnya mendaftarkan pemilih termasuk mereka yang bukan warganegara.

Tegas beliau, sebarang bantahan hendaklah berasas dan bukan dengan niat ingin menafikan hak warganegara sebagai pemilih  atau memperlekeh peranan SPR dalam urusan pendaftaran pemilih.

UTAMAPILIHAN RAYASPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan - Bantah Sekarang, Jangan Sudah Gazet...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium