SPR perlu buat siasatan dalaman berkaitan kertas undi pos menjadi tular

Kalau betul itu kertas undi pos, SPR tidak perlu gelabah dan jelaskan sahaja bahawa itu kertas undi pos yang dah dikeluarkan lebih awal kepada pengundi pos kategori apa?

Pengundi luar negara? Pengundi yang bertugas sebagai petugas SPR pada hari pengundian? Pasukan keselamatan?

#PilihanRayaKotor
#Viral

…………..
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
Bil.6/2019

SPR LAPOR POLIS DAN SKMM ISU TULAR GAMBAR
KERTAS UNDI PRK CAMERON HIGHLANDS

Berikutan penularan gambar kertas undi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mendapati bahawa gambar tersebut adalah kertas undi pos yang telah dikeluarkan kepada pengundi pos pada 13 Januari lalu.

SPR menegaskan bahawa tindakan penularan gambar kertas undi tersebut merupakan satu kesalahan dan tuduhan pihak tertentu yang mengatakan bahawa SPR telah mengeluarkan kertas undi sebelum hari pengundian adalah merupakan satu fitnah dan berniat jahat.

Sehubungan dengan itu, SPR telah membuat laporan polis pada hari ini dan juga akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

SPR mengingatkan kepada para pengundi dan semua pihak agar sentiasa menjaga kerahsiaan dan tidak mempamerkan kertas undi mana-mana pilihan raya kepada umum sama ada di laman media sosial dan lain-lain kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan tersebut sekiranya disabit boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

Sekian.

AZHAR AZIZAN HARUN
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Tarikh : 17 Januari 2019 / 11 Jamadil Awal 1440H

Loading...

8 COMMENTS

  1. Kalau BN kalah di Cameroon Highland..mesti ada penipuan yg di buat oleh Pakatan Harapan..awasi setiap gerak peti undi sewaktu di hantar ke pusat pengiraan ..tak boleh percaya PH ini..mereka dah tahu akan kalah..berbagai cara yg akan di lakukan..awas..pengundi CH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here