Friday - July 30, 2021 @ 18:44
BERITANASIONALSPRM Buka Semula Siasatan Kes Rasuah Azmin

SPRM Buka Semula Siasatan Kes Rasuah Azmin

Mynewshub – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula siasatan kes rasuah melibatkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sekiranya bukti-bukti sahih dan kukuh sudah berada di tangan mereka.

Barisan Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM juga mengeluarkan arahan supaya siasatan kes rasuah Azmin diteliti semula.

Pengerusi IPO, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan semula kes berat itu akan dilakukan dan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpulkan segala bukti kerana maklumat berhubung kes rasuah itu masih tidak lengkap sebelum ini.

“Pada tahun 1999 kes Azmin telah dibuka semula kerana ada maklumat baru diberikan kepada SPRM.

“Namun pada masa itu, maklumat yang diberikan tak lengkap dan perlu ditambah. Sekiranya terdapat maklumat dan dokumen-dokumen yang sahih, maka kita akan siasat Azmin. Kes itu juga akan dipanjangkan,†kata Hadenan dalam sidang media yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta hari ini.

Ketika ditanya tentang individu lain yang akan terbabit dalam penyiasatan kes rasuah tersebut, Hadenan mengatakan sesiapa sahaja yang bersengkongkol akan turut dipanggil dan disoal siasat termasuklah pengasas PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Senang untuk saya katakan, secara umum dan konsisten, mana-mana pihak yang berkaitan akan tetap juga dipanggil dan perlu memberikan keterangan,†katanya.

Hadenan menjelaskan, siasatan yang akan dibuat terhadap Azmin nanti adalah di bawah Akta Tahun 1999 setelah bukti-bukti yang lengkap diperolehi.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan berapa cepat kes itu akan dikendalikan dan memerlukan masa yang panjang untuk diteliti dengan mendalam.

Pada Rabu lalu, media melaporkan pemilik portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Azmin terlibat dengan kes rasuah yang melibatkan nilai wang jutaan ringgit pada 17 tahun lepas.

Raja Petra memaklumkan semua dokumen yang diterimanya itu didapati daripada seorang bekas pegawai SPRM yang menyerahkan dokumen sulit tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi di London bulan lalu.

Tetapi, katanya, kes rasuah Azmin itu tidak disiasat kerana Anwar ketika itu menjadi Menteri Kewangan mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mengambil tindakan lanjut ke atas Azmin meski pun kesemua bukti telah sahih dan Azmin boleh didakwa.

Dalam perkembangan yang sama, Hadenan juga berkata, siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.

“Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009,†katanya.

Beliau juga berkata, SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah BPR, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here