SPRM Nafi Tolak Keputusan Peguam Negara - pakdin.my

1mdb-ag-sprm-src international

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan agensi bebas itu menolak keputusan Peguam Negara berhubung arahan penutupan kes SRC International dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob berkata keputusan untuk merujuk kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) adalah prosedur biasa.

“Ini merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup.

“Justeru tindakan merujuk kes Perdana Menteri kepada panel ini adalah satu proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara,” katanya menerusi kenyataan pada lewat petang Rabu.

Terdahulu, SPRM memutuskan untuk merujuk keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkaitan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kepada PPO.

Ia susulan keputusan Peguam Negara yang mengarahkan SPRM menutup kes berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan Peguam Negara adalah mutlak mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru tegas Azalina, semua pihak termasuk SPRM tidak seharusnya mencabar keputusan Peguam Negara dalam kes berkenaan.

UTAMAEDITORIAL1MDBSPRM Nafi Tolak Keputusan Peguam Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium