SPRM perlu buka kertas siasatan ke atas projek ECRL

Memandangkan semua coffee house, hotel, kelab dan pelbagai sumber rasuah ditutup kerana pandemik Covid-19, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut membuka fail menyiasat rundingan semula projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

- Advertisement -

Terdapat surat menyatakan projek ECRL telah pun dibatalkan pada Januari 2019. Tidak ada sesiapa menafikan kepalsuan surat tersebut. (Lihat: https://www.thesundaily.my/local/najib-criticises-ph-s-ecrl-inconsistency-CA442884)

Tiba-tiba pada April 2019, Tun Daim Zainuddin berjaya meyakinkan kerajaan Malaysia dan China Commuications Construction Company Ltd (CCCC) untuk meneruskan projek ini dengan kos RM44 bilion dan penyimpangan besar dari pelan asal.

Pakatan Harapan (PH) sebelum itu mendakwa kos pembinaan ECRL yang sebenar ialah sekitar RM30 bilion sahaja. Maka kerajaan lama dituduh menaikkan kos lebih RM25 bilion bagi membayar hutang 1MDB. (Lihat: https://www.theedgemarkets.com/article/tony-pua-govts-previous-feasibility-study-shows-ecrls-rm55b-project-cost-should-be-less)

Jadi kita ingin bertanya mengapa pelan baru ECRL boleh jadi mahal RM14 bilion dari kiraan Tony Pua ke atas pelan yang lebih canggih dan panjang?

Untuk rekod pelan baharu telah mengurangkan stesen, memendekkan landasan sebanyak 40KM dan membatalkan Terowong Genting yang mesra alam sekitar yang bernilai RM10 bilion.

Jadi secara logiknya, jika mengikut pelan asal ECRL, kos (kajian Tony Pua yang merupakan perancang kewangan penting kerajaan PH) hanya RM30 bilion, bagaimana ia menjadi RM44 bilion setelah pelan baru dibuat?

Berdasarkan kenyataan Tony Pua mengenai pelan asal, maka ECRL pelan baharu ini sepatutnya berharga lebih murah mungkin sekitar RM20 bilion; atau seperti dakwaan Dr Mahathir sepatutnya hanya RM10 bilion (https://www.malaysiakini.com/news/440637)

Maka sudah tiba masanya SPRM bertanya Tun Daim Zainuddin mengapa kos boleh menjadi sebegitu mahal.

Dr Mahathir boleh membina ECRL asal dengan RM10 bilion. Tony Pua boleh membina ECRL asal dengan kos RM30 bilion. Jadi mengapa Daim merundingkan pembinaan ECRL yang lebih jimat kos pada harga RM44 bilion?

Apakah ini perancangan menaikkan harga pembinaan dan kemudiannya meletakkan syarikat-syarikat tertentu sebagai kontraktor pelaksana dengan harga lebih tinggi dari sepatutnya.

Justeru kita juga mahu SPRM menyiasat siapakah yang mendapat tender-tender pembinaan ini. Apakah ia ada kena mengena dengan kumpulan Daim?

Cara MRL menguruskan pemilihan kontraktor sangat meragukan berbanding dalam projek MRT. Dalam projek MRT, nama-nama kontraktor yang menang tender mengikut fasa diumumkan kepada awam dan dipaparkan dalam laman web mereka.

Dalam kes ECRL tiada sebarang paparan nama kontraktor yang diberi kontrak pembinaan.

Kita tidak menuduh berlaku penyelewengan, namun angka-angka yang didakwa oleh Tony Pua dan Dr Mahathir jauh lebih rendah dari rundingan Daim. Kita mahu tahu jawapan mengapa ini boleh terjadi.

Oleh Ab Jalil Backer

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Ramai Tidak Setuju Pendaftaran PN, Kata Ku Li

Veteran UMNO berpendapat cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah akan mendapat tentangan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN). Sambil berkata...

Undi Tidak Percaya Muhyiddin: Usul Mahathir Disenarai, Giliran 27

Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir...

Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren. Susulan amaran yang...

Perlekeh Hari Jumaat, Hari Makan Babi?

1. Setelah mana Menteri Agama mengumumkan Hari Jumaat sebagai Hari Jawi, reaksi sebahagian netizen Cina amat menghairankan. Mereka memerli langkah memartabatkan Jawi ini sebagai...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.