SPRM sahkan kertas siasatan Zahid belum siap, pendakwaan dulu untuk mengaibkan - pakdin.my

Selepas menerima kecaman hebat netizen dan orang ramai, akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua syarikat dan individu yang mempunyai kaitan berhubung pendakwaan kes rasuah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan menyiasat mana-mana individu yang terbabit dalam kes rasuah terbabit.

“Kami menyiasat siapa yang terlibat dengan rasuah. Setakat ini, ada satu syarikat (Datasoic Group) mengatakan mereka tidak terlibat, terpulang kepada mereka untuk mengatakan.

“Hanya siasatan SPRM yang dapat menentukan. Jika siasatan kami menunjukkan bahawa syarikat itu tidak terlibat dalam apa-apa perkara rasuah, maka mereka tidak bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara hari ini.

Dengan pengesahan SPRM akan menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Zahid itu menunjukkan pendakwaan dibuat terlebih dahulu oleh Peguam Negara berbanding siasatan terhadap syarikat seperti MyEG (disahkan tidak disiasat), Datasonic Group, Mastoro Kenny IT Consultant & Services dan firma guaman Lewis & co.

Ini jelas menunjukkan SPRM dan Peguam Negara menggunakan kaedah “pendakwaan di mahkamah dahulu, siasatan lengkap kes kemudian” bagi memalukan tertuduh untuk dihukum di media lebih awal.

19 Oktober lalu Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas 45 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Pertuduhan dibuat mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung pembekuan aset milik Ahmad Zahid, Azam berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian buat masa ini.

…………..

https://pakdin.my/tag/amla

https://pakdin.my/tag/sprm

https://pakdin.my/tag/zahid-hamidi

UTAMAPOLITIKSPRM sahkan kertas siasatan Zahid belum siap, pendakwaan dulu untuk mengaibkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium