SPRM Serbu Kediaman Isa Samad - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya membuat serbuan terhadap kediaman bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di Selangor malam ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkilfi Ahmad berkata, serbuan tersebut merupakan proses biasa yang dilakukan pihaknya sebagai tindakan susulan terhadap penahanan seseorang individu.

“Serbuan ini dibuat supaya kita dapat membuat semakan terhadap dokumen yang disimpan di rumah beliau. Ini merupakan satu proses biasa oleh SPRM, bukan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah’ (IBR) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Kota Bharu hari ini.

SPRM menahan Isa hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan melakukan tangkapan susulan selepas ini, termasuk membabitkan isteri Isa, Dzulkifli berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak media selepas ini.

“Siasatan terhadap Isa masih berjalan dan beliau akan direman esok pagi,” katanya.

Mengenai rancangan SPRM untuk membuat rayuan berhubung pembatalan reman ke atas Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh, Dzulkifli berkata, Pejabat Peguam Negara bersetuju memfailkan rayuan tersebut sama ada esok atau lusa.

UTAMABERITASPRM Serbu Kediaman Isa Samad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium