SPRM Siasat Bapa Adun DAP Di Dakwa Jadi Orang Tengah Rumah Kos Rendah ? - pakdin.my

GEORGE TOWN: Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk “memotong barisan” di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk “Uncle Lim”.

Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan.

Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak.

Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan permohonan perumahan negeri.

Cubaan untuk menghubungi Keat Seong untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun tidak berjaya.

UTAMABERITASPRM Siasat Bapa Adun DAP Di Dakwa Jadi Orang Tengah Rumah Kos...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium