26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

SPRM Siasat Kaitan VIP Dengan Kes Rasuah Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan kaitan antara golongan VIP Sabah dan pegawai Jabatan Air negeri itu yang didakwa mengumpul kekayaan lebih RM115 juta menerusi sogokan dan salah guna kuasa.

Sumber SPRM bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada terdapat sebarang kaitan antara VIP dan pengarah serta timbalan pengarah Jabatan Air Sabah yang mungkin beroperasi sendiri.

Malah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman terpaksa campur tangan untuk menghentikan spekulasi yang mengaitkan kes rasuah tersebut dengan dirinya sendiri dan Umno Kimanis.

“Adalah tidak benar dan tidak masuk akal. Saya dan Umno Kimanis tidak terbabit dengan kes yang sedang disiasat itu. Biar SPRM melakukan tuags mereka secara adil dan lancar tanpa sebarang gangguan,” kata Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberi peringatan untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat kenyataan fitnah yang terus disiarkan.

Umno Kimanis didakwa mempunyai kaitan dengan kes berkenaan berikutan kedua-dua pengarah dan timbalan pengarah jabatan itu merupakan penduduk tempatan dari Beaufort dan Kimanis di Membakut.

Selain itu, timbul dakwaan palsu menerusi satu ‘post’ secara dalam talian bahawa pengarah jabatan tersebut merupakan bendahari Umno Kimanis.

Dalam satu kenyataan terdahulu pada Jumaat, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut memberitahu bahawa dana projek persekutuan yang bernilai RM3.3 bilion yang diperuntukkan sejak 2010 semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sementara itu, SPRM terus merekodkan keterangan 11 lagi saksi dari Jabatan Air Sabah dan kontraktor berkaitan.

20161005120161005-pengrah_jabatan_air_sabah_rasuah

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan