SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah - pakdin.my

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik.

Sumber memaklumkan mereka ditahan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung “tindakannya yang menjadi wakil kepada parti politik itu”.

“Wang itu dipercayai akan diberikan kepada anggota agar mengundi parti berkenaan hari ini,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

Pengundian awal bagi 16,877 polis dan tentera serta pasangan masing-masing bermula 8 pagi tadi.

UTAMAPILIHAN RAYASPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium