SPRM Siasat Pegawai Tinggi Kementerian Kesihatan? (Kluster PTD?) - pakdin.my

  • Berkait pembelian sistem ujian dan peralatan perubatan Covid-19
  • Beberapa orang pegawai bahagian perolehan kementerian Kesihatan telah ditahan
  • Setakat ini tiada pegawai politik pejabat Menteri atau Timbalan Menteri yang ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan ke atas pembelian khas sistem ujian dan peralatan perubatan bagi tujuan menentang Covid-19 yang bernilai sekitar RM30 juta.

Menurut sumber siasatan bertumpu kepada seorang pegawai tinggi dari kluster Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Kementerian Kesihatan.

Beberapa orang pegawai bahagian perolehan kementerian Kesihatan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Setakat ini tiada pegawai politik pejabat Menteri atau Timbalan Menteri yang ditahan.

Hanya Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kesihatan dipanggil memberi keterangan dan membantu siasatan dalam membekalkan beberapa dokumen surat permohonan pembekalan yang dihantar ke pejabat Menteri.

Sementara itu sumber Pejabat Menteri menyatakan tiada mana-mana syarikat yang berkaitan dengan surat yang diambil SPRM telah mendapat kontrak tersebut.

Sumber beranggapan surat-surat tersebut diambil bagi tujuan perbandingan maklumat dengan syarikat yang sedang disiasat. – Suara.TV

UTAMABERITASPRM Siasat Pegawai Tinggi Kementerian Kesihatan? (Kluster PTD?)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium