SPRM Soal Siasat KM Pulau Pinang Berkaitan Skandal Terowong Dasar Laut - pakdin.my

GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion.

Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada 8.55 pagi tadi.

Perkembangan ini selepas badan anti rasuah itu menyoal 3 exco kerajaan negeri iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng, dan Jagdeep Singh Deo semalam.

Minggu lalu, Chow memberitahu SPRM memaklumkan beliau dan exco kerajaan negeri akan disoal berhubung suatu siasatan.

Terdahulu, beliau berkata SPRM merancang untuk bertemu exco pentadbiran lepas ketika projek terowong dasar laut itu dicadang dan diluluskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang memaklumkan siasatan kes itu masih berjalan sejak ia dimulakan pada 2017, enggan mengulas tentang kemungkinan exco akan ditahan.

Beliau berkata, perkara itu terserah kepada budi bicara pegawai penyiasat.

BACA juga:
[Video] Skandal Terowong Pulau Pinang: Tony Pua mengelak untuk menjawab sebab tak ada fakta?

Rasuah Terowong Pulau Pinang: Kerajaan PH Perlu Jawab Persoalan Ini Semua

Kenapa SPRM tak siasat skandal terowong ajaib

Bagaimanapun, DAP Pulau Pinang menyatakan siasatan kes itu bermotif politik, mendakwa SPRM sudah mengesahkan tiada salah laku dalam kes itu.

Baru-baru ini, SPRM menyerbu 3 syarikat dan sumber memberitahu FMT yang tindakan itu susulan penemuan petunjuk baru dalan siasatan kes berkenaan.

Seorang bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang direman 4 hari berhubung kes itu namun dibebaskan dengan jaminan RM100,000.

UTAMABERITASPRM Soal Siasat KM Pulau Pinang Berkaitan Skandal Terowong Dasar Laut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium