SPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai polis berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan ratusan juta ringgit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu setakat ini.

“Apa yang saya ingin nyatakan di sini, kes ini disiasat SPRM dan untuk tujuan itu, saya mewakili pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenainya.

“Ya betul, dua pegawai kita ditahan SPRM, tapi kita juga belum mendapat sebarang perincian rasmi sama ada mereka ditahan atas kes lain atau kes yang sedang disiasat SPRM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial dan pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, media mendedahkan dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi beroperasi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penipuan.

Sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.

Baru-baru ini, SPRM mendapat perintah tahanan reman selama lima hari ke atas lima individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menggunakan modus operandi berkenaan.

UTAMABERITASPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium