SPRM tahan setiausaha politik Menteri Pertanian - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha politik menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penerimaan jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sekitar jam 5 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Sumber memberitahu pemberian jam itu dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk membolehkan projek di bawah kementerian berkenaan dapat dibangunkan.

“Siasatan awal mendapati jam itu bernilai tinggi dan sebagai hadiah kepadanya berkemungkinan bertujuan untuk memperoleh projek kementerian.

“Suspek ditahan untuk melihat sejauh mana beliau terbabit dalam kes itu. SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan kewujudan kes rasuah lain,” kata sumber.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Putrajaya,” katanya. – Berita Harian

……………..

Fakta siasatan:

Nama OKT : Ahmad Sabki bin Yusof
Umur: 47 Tahun
IC: 720224-11-5XX7
Alamat Rumah Sewa: 25 Jalan SU1C Taman Sering Ukay, Ukay Perdana 68000, Ampang Selangor.
Pekerjaan: Setiausaha Politik, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Salahuddin Ayub dari Amanah.

UTAMABERITASPRM tahan setiausaha politik Menteri Pertanian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium