SPRM Teliti Maklumat – Ekoran Gesaan Datuk Zakaria Arshad CEO FGV - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima beberapa maklumat yang mempunyai kaitan dengan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata maklumat itu diberikan oleh pihak tertentu dan SPRM akan meneliti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

Mengulas lanjut, Azam berkata pihaknya hanya akan menyiasat sesuatu maklumat itu jika terdapat kegiatan berunsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita sudah menerima maklumat berkaitan isu agensi itu dan akan menjalankan siasatan berhubung maklumat yang diberikan,” katanya yang enggan mengulas lanjut

Sebentar tadi, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad menggesa agar SPRM menyiasat FGV termasuk beliau dan peringkat tertinggi pengurusan atasan.

Zakaria dikatakan berkata demikian sebagai mengulas arahan beliau dipaksa bercuti serta-merta sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV.

Terdahulu, penulis blog, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan bahawa Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad sedang berusaha untuk menyingkirkan Zakaria.

UTAMASPRM Teliti Maklumat - Ekoran Gesaan Datuk Zakaria Arshad CEO FGV

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium