SPRM tiada undang-undang siasat anak Rosmah - pakdin.my

RIZA (ditengah) ketika promosi filem terbitannya Wolf of Wall Street
RIZA (ditengah) ketika promosi filem terbitannya Wolf of Wall Street

Suruhjaya Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.

Bagaimanapun suruhanjaya itu mencadangkan agar peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

“Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan,” kata badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.

Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street” – diarahkan oleh Martin Scorsese.

Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut.

Kondominium tersebut dikatakan diantara yang paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, ia mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi.

Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013.

LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem itu sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.

UTAMASPRM tiada undang-undang siasat anak Rosmah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium