Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Malaysia

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Global

All countries
228,955,299
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
203,833,333
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
4,700,355
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

S’pura perketat langkah sempadan bagi pelawat dari New Zealand susulan kes COVID-19 meningkat

SINGAPURA: Singapura akan memperketatkan langkah sempadan bagi pelawat dari New Zealand ekoran peningkatan kes COVID-19 di negara it, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (28 Ogos).

Dalam satu kenyataan medianya, MOH juga mengumumkan pelawat dari wilayah Jiangsu, China tidak perlu menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) jika mereka diuji negatif COVID-19 semasa ketibaan.

LANGKAH DIPERKETAT BAGI PELAWAT DARI NZ

Bermula 11.59 malam, pada Isnin (30 Ogos), warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan ke New Zealand dalam tempoh 21 hari sebelum bertolak ke Singapura perlu menjalani notis SHN tujuh hari di kediaman mereka.

Mereka juga dikehendaki menjalani ujian swab reaksi rantai polimerase (PCR)COVID-19 semasa ketibaan, dan juga sebelum akhir tempoh SHN mereka.

Pelawat jangka pendek yang memegang Pas Perjalanan Udara (ATP) dan mempunyai sejarah perjalanan ke New Zealand dalam tempoh 21 hari sebelum berangkat ke Singapura tidak akan dibenarkan memasuki Singapura.

Langkah-langkah ini dilaksanakan bagi pelawat dari New Zealand “memandangkan peningkatan kes COVID-19 di sana”, jelas MOH.

New Zealand, yang kini berada di bawah langkah sekatan ketat, pada Sabtu melaporkan 82 kes tempatan COVID-19, semuanya di pusat penularan jangkitan di Auckland.

MOH sebelum ini menggugurkan syarat SHN untuk pengunjung dari New Zealand mulai 1 Sep.

PELAWAT DARI WILAYAH JIANGSU

Mulai 11.59 malam pada Isnin (30 Ogos), semua pelawat yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalanan ke wilayah Jiangsu, China dalam tempoh 21 hari sebelum berlepas ke Singapura akan menjalani ujian PCR COVID-19 semasa ketibaan.

Mereka akan dibenarkan meneruskan kegiatan di Singapura jika keputusan ujian PCR negatif, dan tidak lagi diperlukan untuk menjalani SHN selama tujuh hari.

Pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke wilayah Jiangsu dalam tempoh 21 hari sebelum berlepas ke Singapura boleh memohon ATP dengan segera, untuk masuk ke Singapura pada atau selepas 4 Sep.

Buat masa ini, pengunjung dari Jiangsu perlu menjalani SHN selama tujuh hari di kediaman masing-masing. Mereka juga dikehendaki menjalani ujian PCR setibanya di Singapura dan sebelum tempoh SHN mereka tamat.

Pelawat yang sedang menjalani SHN tujuh hari di kediaman mereka setakat 11.59 malam pada Isnin masih perlu melengkapkan tempoh SHN tujuh hari di rumah mereka dan melakukan ujian tamat tempoh, jelas MOH.

Kementerian itu menambah, langkah-langkah sempadan bagi pelawat dari wilayah Jiangsu akan dilonggarkan kerana keadaan COVID-19 di wilayah itu bertambah baik.

Semua pelawat lain yang mempunyai sejarah perjalanan ke tanah besar China, kecuali ke wilayah Jiangsu, dalam tempoh 21 hari sebelum perjalanan mereka akan terus perlu menjalani ujian COVID-19 semasa tiba di lapangan terbang, sebagai ganti SHN, tambah MOH.

“Sedang keadaan di dunia terus berubah-ubah, kami akan terus menyesuaikan lankah-langkah sempadan sejajar dengan pelan untuk menjadi sebuah negara yang berdaya tahan menangani COVID,” ujar MOH.

– CNA/TQ/ha

Berkaitan