SRC International: Peguam Negara cuba nak kantoikan Najib tetapi apa berlaku…

Bila Tommy desak lagi supaya beliau mengaku, DSN tanya balik "Awak peguam negara, awak tunjuklah undang-undang mana" | pakdin.my

Tengahhari semalam (19/12/2019) Tommy Thomas telah pohon kepada mahkamah agar DS Najib tak dibenarkan untuk berkomunikasi atau mendapatkan nasihat daripada peguam belanya sehinggalah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan balas. Mahkamah benarkan.

Basically Tommy nak battle one on one dengan DS Najib Razak. Tommy nak bogelkan Najib. Tommy akan buat Najib terkantoi menipu. Seorang peguam dengan berpengalaman puluhan tahun akan memusnahkan seorang individu yang tiada latar belakang undang-undang. Gitulah kot rancangannya

Nak tau apa jadi?

Terbalik.

Pertama, Tommy desak DSN mengaku bahawa nota tulisan tangan ‘bersetuju dengan cadangan’ adalah satu bentuk arahan kepada pegawai Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) bagi memberi pinjaman kepada SRC. DSN jawab saya setuju dengan cadangan sahaja. Mana boleh bagi arahan sebab KWAP kena buat analisis risiko tawaran dahulu sebelum boleh luluskan. Yang pandai-pandai anggap sebagai arahan pasal apa? SOP kan ada

Kedua, Tommy kemudiannya cuba desak DSN mengaku bahawa beliau (DSN) sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab luluskan pinjaman KWAP kepada SRC. DSN jawab, saya mana boleh beri kelulusan. Tak ada kuasa dalam undang2. Panel sahaja boleh beri.

Bila Tommy desak lagi supaya beliau mengaku, DSN tanya balik “Awak peguam negara, awak tunjuklah undang-undang mana”

Aib sungguh kena sound gitu 😁

Ketiga, Tommy desak DSN mengaku bahawa beliau telah menghalang Nik Faisal (CEO SRC) daripada memberikan maklumat pelaburan SRC kepada KWAP. DSN jawab, dia (Nik Faisal) yang kata saya halang. Saya tak cakap pun.

Tuan-tuan, point pertama dan kedua menunjukkan Tommy ni tak layak langsung jadi Peguam Negara. Langsung tak reti berbelit untuk memerangkap tertuduh.

Tetapi point ketiga sebenarnya menunjukkan DS Najib bukan calang-calang pengetahuannya dalam undang2

Sejak dari awal, ‘line of defense’ pihak pembelaan sangat konsisten. Iaitu segala yang berlaku adalah diluar pengetahuan / disembunyikan daripada DSN.

Dalam peringkat membela diri, tertuduh tidak boleh sama sekali mengemukakan pembelaan bersifat ‘after thought’. Maknanya baru nak fikir, baru nak cari alasan. Mahkamah akan cenderung berpendirian bahawa tertuduh menipu.

Tetapi apabila ‘line of defense’ sangat konsisten daripada awal perbicaraan serta gagal dicabar oleh pendakwaan maka peluang tertuduh dibebaskan adalah amat cerah.

Dan DSN berjaya mengekalkan line of defense tersebut seorang diri walaupun dicabar oleh Peguam Negara

Fuh!

—-
Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Comments

comments

4 KOMEN

Comments are closed.