23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

SRJKT Ladang Sungai Timah wajar ditutup elak pembaziran

SRJKT Ladang Sungai Timah

TELUK INTAN  – Sesi persekolahan tetap berlangsung seperti biasa di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Sungai Timah dekat sini, biarpun hanya terdapat empat pelajar yang mendaftar untuk tahun ini.

Mereka terdiri daripada sepasang murid lelaki dan perempuan tahun tiga serta dua lagi murid lelaki tahun empat dan tahun enam yang kesemuanya diajar oleh lima guru selain seorang guru besar.

Guru Besarnya, E. Thanaletchi berkata, kemerosotan bilangan murid itu disebabkan oleh perpindahan penduduk di situ yang merupakan pekerja ladang kelapa sawit berketurunan India ke tempat lain selain mencari peluang kerja baharu di bandar.

“Saya bersetuju supaya sekolah ini ditutup kerana penduduk di ladang ini hanya tinggal empat buah rumah, justeru dapat mengelakkan pembaziran serta mendatangkan kerugian kepada kerajaan.

“Malahan, ibu bapa juga bersetuju sekiranya anak mereka ditukarkan ke sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil di Langkap kerana di sana terdapat ramai murid-murid lain sementara mereka boleh bekerja di kilang dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang bapa kepada salah seorang pelajar, 
S. Murugan, 48, berkata, dia bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan dia juga mahu berpindah ke tempat lain disebabkan kedudukan ladang tersebut yang agak jauh iaitu kira-kira 27 kilometer dari kampung berdekatan.

“Tiada apa yang boleh dibuat terutamanya kemudahan asas di sini. Suasananya juga sunyi dan jika ada-ada apa berlaku kesususahan seperti anak demam, klinik pun tidak ada, jadi kena pergi ke Hospital Teluk Intan,” katanya.

Masalah kemerosotan bilangan murid di SJKT Ladang Sungai Timah telah berlarutan sejak tahun 2009 dengan hanya seorang murid mendaftar pada tahun berkenaan walaupun sekolah itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti komputer, projektor, perpustakaan, kantin dan padang mini.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/srjkt-ladang-sungai-timah-wajar-ditutup-1.176578#sthash.AtPzVsbA.dpuf

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan