Standard Keselamatan Lynas Perlu Dipantau Badan Dipercayai – @NajibRazak - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab pertanyaan pengacara NTV7, Owen Yap (kiri) dan Lee Siad Huey dalam satu temubual khas berbahasa Mandarin, "Chat Time With...Najib" di Studio NTV7

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengawasan sebarang standard keselamatan bagi projek nadir bumi Lynas di Gebeng, perlu dilakukan oleh badan yang dipercayai orang ramai.

“Kesihatan dan keselamatan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan,” kata beliau dalam wawancara 90 minit, “Chat Time With Najib” yang disiarkan secara langsung di NTV7 malam Isnin.

Projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, telah menerima bantahan sesetengah pihak, kerana bimbang mengenai keselamatan, terutamanya radiasi.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata Lynas telah mematuhi piawaian yang diperlukan untuk projek berkenaan, walaupun Jawatankuasa Eropah mengenai Risiko Radiasi (ECRR) menyatakan mengenai kesan pengekalan torium dalam tubuh manusia.

“Mereka yang bertanggungjawab memantau projek ini akan melihat bahawa standard sentiasa ketat, untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

“Kita juga perlu memberi jaminan kepada mereka, dari segi pelaksanaan,” kata Najib.

Semasa menjawab soalan sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengenakan standard ECRR yang dikatakan menjadi model yang lebih selamat untuk diikuti, Najib menegaskan bahawa bagi kerajaan, kepentingan rakyat diutamakan, dengan itu, kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi perkara paling penting.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan itu,” kata beliau.

UTAMABERITAStandard Keselamatan Lynas Perlu Dipantau Badan Dipercayai - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium