Status pengampunan penuh Anwar dipersoal - pakdin.my

Pejabat Peguam Negara (AG) diminta menjelaskan status pengampunan penuh yang diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permintaan tersebut dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan kepada Pejabat AG yang tular di aplikasi WhatsApp,sejak kelmarin.

Melalui surat bertarikh 19 September itu, individu tersebut meminta pejabat AG memperjelaskan mengenai pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Sebagai warganegara Malaysia yang prihatin,saya inginkan penjelasan daripada pejabat anda mengenai status yang diberikan kepada Anwar oleh Yang Dipertuan Agong.

“Adalah lebih baik jika pejabat anda dapat menjelaskan adakah Anwar diberi komutasi atau pengampunan oleh Lembaga Pengampunan,” katanya.

Tambahnya, mengikut peraturan 48(1)(a), seseorang warganegara akan dibatalkan kelayakan daripada menjadi Ahli Parlimen jika telah dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya satu tahun dan tidak mendapat pengampunan.

Sebelum ini, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad turut mempersoalkan prinsip dan asas diguna pakai bagi membolehkan Lembaga Pengampunan memberi pengampunan kepada Anwar.

Katanya, hal ini kerana Anwar disabitkan dengan satu kesalahan jenayah dan mahu diampunkan semata-mata bagi membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya kecil dan menjadi ahli Parlimen.

Anwar akan bertanding pada PRK Port Dickson yang dijadualkan 13 Oktober depan bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen sekaligus menunggu tempoh menjadi Perdana Menteri Kelapan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Perletakan jawatan serta-merta Datuk Danyal Balagopal Abdullah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan kepada Anwar itu turut mendapat kritikan pelbagai pihak kerana merasakan ia satu tindakan yang membazir.

PRK Port Dickson yang menelan belanja RM3.6 juta itu dirasakan tidak adil kerana diadakan bagi merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri dan bukan kerana alasan yang kukuh seperti kematian penyandangnya.

……………
https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim

Status pengampunan penuh Anwar dipersoal

UTAMAPOLITIKStatus pengampunan penuh Anwar dipersoal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium