Status Semasa Sumber Air Negeri Selangor - pakdin.my

Berikut adalah status semasa kapasiti empangan-empangan di Negeri Selangor sehingga hari ini (13 Ogos 2014) berbanding seminggu yang lepas (7 Ogos 2014). Penurunan kapasiti di antara 0.55% sehingga 2.82% dan peningkatan kecil bagi Empangan Sungai Selangor sebanyak 0.13% dicatatkan seperti di dalam jadual.

peningkatan-air-empangan-di-selangor

Kerajaan Negeri melalui LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) telah mula melaksanakan operasi pembenihan awan dengan kekerapan 2 kali setiap hari menggunakan kaedah larutan garam (sodium chloride) bermula pada 1 Ogos yang lepas di kawasan tadahan Empangan Sungai Selangor. Berdasarkan rekod, jumlah hujan yang diterima oleh Empangan Sungai Selangor bermula pada 1 Ogos sehingga hari ini adalah 181.65 mm. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 69.52 mm yang diterima pada bulan Jun dan 73.05 mm pada bulan Julai 2014. Ini adalah satu perkembangan positif yang diharap berterusan dan membantu meningkatkan kapasiti takungan empangan.

Langkah mitigasi yang lain juga terus dilakukan termasuk pengurangan kadar pelepasan air Empangan Sungai Selangor kepada 700 juta liter sehari (JLH) dan Empangan Sungai Tinggi kepada 500 JLH. Dijangkakan dengan pengurangan pelepasan, diikuti dengan jumlah hujan hasil daripada operasi pembenihan awan, serta jumlah bekalan daripada kolam alternatif sehingga 800 JLH pada waktu ini dapat membantu memanjangkan hayat takungan empangan serta membekalkan air mentah sehingga perubahan Monson Timur Laut yang dijangkakan akan berlaku pada bulan Oktober dan membawa kadar hujan yang tinggi. Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga akan mengadakan Solat Sunat Istisqa’ memohon hujan di kawasan empangan dalam masa terdekat.

Pada hari Isnin yang lepas petugas di kolam alternatif telah menerima laporan sabotaj operasi pengepaman. Walaubagaimanapun, hasil pemantauan mendapati keadaan semua pam adalah terkawal dan berjalan seperti biasa. Dengan bantuan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), keselamatan operasi pengepaman air kolam alternatif telah ditingkatkan. Sekali lagi Kerajaan Negeri memohon daripada semua pihak untuk memberikan kerjasama dan tidak cuba untuk sabotaj ataupun menganggu operasi dan usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu air ini.

UTAMAPOLITIKStatus Semasa Sumber Air Negeri Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium