Statut ROM: Empat ahli akademik bakal di ambil tindakan oleh Timbalan Menteri DAP? – Mahazalim! - pakdin.my

Empat (4) ahli akademik/Professor Melayu dlm bidang undang2 di IPTA yang menyediakan pembentangan Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja hingga menyebabkan ratifikasi statut itu ditarik balik oleh Mahathir akan diambil tindakan disiplin oleh Mahathir melalui Kerajaan Pakatan Harapan DAP.

……….
Statut Rom: Kedudukan empat ahli akademik akan dibincangkan

Status empat ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung perjanjian antarabangsa Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, buat masa ini kementerian belum membincangkan perkara tersebut.

“Kita akan bincang tapi di peringkat kementerian belum bincang secara menyeluruh lagi. Bagi kita sedikit masa untuk bincang perkara itu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Ketua Gabungan Pembebasan Akademik institut pengajian tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi semalam mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lalu.

Asheeq Ali dan lapan rakannya mempersoalkan mengapa kajian itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui oleh masyarakat selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.

Rumusan itu dilakukan oleh Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Rahmat Mohamad dan Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Selain itu, dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi turut terlibat dalam kajian tersebut.

https://pakdin.my/tag/statut-rom

UTAMAPOLITIKStatut ROM: Empat ahli akademik bakal di ambil tindakan oleh Timbalan Menteri...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium