Statut ROM: Pemimpin politik, terutama DAP yang tuduh ahli akademik menakutkan Raja-Raja Melayu adalah PENDERHAKA - pakdin.my

Pemimpin-pemimpin politik yang menuduh ahli akademik menakut-nakutkan Raja-Raja Melayu sehingga baginda semua menolak Statute Rome adalah penderhaka yang tidak layak memijak tanah bumi Malaysia.

Raja-Raja kami mempunyai akal yang sempurna, iman yang kukuh, pemikiran yang jauh serta ilmu yang mencukupi bagi menimbangkan baik buruk sesuatu perkara.

Raja-Raja kami mempunyai keberanian yang tinggi, pertimbangan yang mendalam dan dilatih sejak muda untuk menjadi Sultan dan pemerintah yang berakhlak mulia.

Raja- Raja kami berhak meneliti dan bersuara berkenaan apa apa dasar negara sepertimana tertulis di dalam Perkara 38 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui bersama.

Mengatakan Raja – Raja kami ditakut-takutkan oleh dua tiga ahli akademik dengan hujah yang lemah adalah satu penghinaan kepada intelektual dan integriti Majlis Raja-Raja. Ia adalah cubaan menutup kelemahan mereka yang gagal berunding dan mendapatkan perkenan Raja – Raja sebelum menandatangani perjanjian antarabangsa yang memberi kesan langsung kepada Paduka Baginda.

Ia adalah pengkhianatan yang terbesar kepada kerukunan masyarakat dan hidup bernegara.

Kenalilah wajah mereka. Inilah manusia pengkhianat yang tiada hak berkongsi tanah dengan kita semua.

—-
Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

https://pakdin.my/tag/statut-rom

UTAMAPOLITIKStatut ROM: Pemimpin politik, terutama DAP yang tuduh ahli akademik menakutkan Raja-Raja...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium