28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 26, 2021

[Video] Stesen kereta api laju Haramain Jeddah terbakar

JEDDAH: Satu kebakaran meletus di stesen kereta api laju Haramain di bandar tepi laut Arab Saudi di Jeddah, kata perkhidmatan pertahanan awam negara itu hari ini.

Kebakaran berlaku jam 12.35 tengah hari waktu tempatan, kata laporan media.

Tiada laporan berhubung kecederaan dalam insiden itu, kata pertahanan awam dalam satu tweet.

Rangkaian Kereta Api Haramain yang menelan belanja AS$7.3 bilion (RM30.61 bilion) sejauh 450 kilometer menghubungkan dua bandar suci di Makkah dan Madinah dengan bandar di Laut Merah, Jeddah, dibuka pada September tahun lalu.

Kelajuan kereta api berkenaan boleh mencecah 300 kilometer sejam.

Pada 2011, Arab Saudi menandatangani satu perjanjian dengan sebuah konsortium Sepanyol untuk membina landasan kereta api, membekalkan 35 kereta api berkelajuan tinggi dan menguruskan kontrak penyelenggaraan selama 12 tahun. -Reuters/AFP

Stesen kereta api laju Haramain Jeddah terbakar.

Posted by UMNOHuluSelangor.com on Ahad, 29 September 2019

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.