29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Stok rokok habis

Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan lebih sebulan, rokok telah habis dijual dan pembekalan semula tidak dibenarkan.

Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga- Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia, Hong Chee Meng berkata, dalam keadaan biasa, rokok akan dihantar kepada peruncit setiap minggu.

Beliau berkata, memandangkan sudah lebih sebulan Malaysia berada dalam tempoh PKP, maka stok rokok sudah kehabisan di kedai-kedai.

Chee Meng berharap kerajaan boleh memberi kelonggaran dua atau tiga hari dalam seminggu untuk membenarkan bekalan rokok dihantar, sekali gus mengatasi masalah kekurangan yang sedang berlaku.

“Ramai perokok yang gagal mendapat rokok di kedai runcit telah beralih kepada sumber lain iaitu rokok seludup.

“Saya boleh katakan bahawa keadaannya amat serius pada masa ini,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurutnya, penjualan rokok seludup menjelaskan hasil negara dari aspek cukai selain membahayakan kesihatan mereka yang membeli rokok daripada sumber tidak diketahui.

“Rokok biasa biasanya dijual antara RM12 hingga RM15 berbanding rokok seludup antara RM5 hingga RM7.

“Beza harganya adalah besar dan mewujudkan kebimbangan mengenai kandungan rokok seludup,” katanya.

Rujukan:
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM12 juta

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.