Strategi penggodam, warganet Malaysia berkesan – Pakar Geostrategis - pakdin.my

Ancaman kepimpinan rejim zionis Israel mengarahkan ejen perisikannya Shin Bet dan Mossad menyerang negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia, dari satu sudut satu penghormatan kepada keberkesanan strategiĀ hackersĀ atau penggodam dan warganet dari negara ini.

Pakar Geostrategis Dr Azmi Hassan berkata, Israel melihat tekanan dari rakyat Malaysia melalui media sosial berkesan sehingga mereka terpaksa membuat ugutan sedemikian rupa.

Malah, beliau berkata, ledakan tindak balas rakyat di media sosial berhubung kekejaman Israel mengebom rumah rakyat Palestin turut berlaku di negara kuasa besar.

“Saya ambil contoh di Amerika Syarikat (AS). Walaupun Joe Biden (Presiden AS) menyokong 100 peratus Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel), tetapi rakyat biasa AS saya melihat memang tidak senang dengan sokongan kerajaan AS itu.

“Kenapa mereka tidak senang? Ini adalah kerana maklumat dari media sosial umpamanya yang mempamerkan kekejaman Israel. Rakyat AS merasa malu terhadap Presiden mereka.

“Jadi saya melihat tekanan yang datang dari media sosial terhadap Israel agak kuat. Tekanan itu antaranya hadir daripada ramaiĀ hackersĀ (penggodam) dari Malaysia, jelas memberikan kesan hingga Israel membuat ugutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, tekanan Israel memang mencetuskan kebimbangan berikutan Malaysia antara negara sasaran tetapi itu memberikan persepsi bahawa ‘hackersĀ Malaysia’ dan ‘serangan’ warganet sesuatu yang efektif dan perlu diteruskan.

Menurutnya, gambaran pertempuran siber pada waktu sekarang adalah di sebelah Israel dikatakan ada tentera zionis yang cuba memberikan naratif apa yang berlaku mengikut selera mereka.

“Bagi pihak di sebelah yang anti Israel pula memberikan naratif sebenar. Ini yang dikatakan pertembungan naratif.

“Benda yang sama tetapi naratif yang berlainan itu mampu memberi gambaran kepada pembaca media sosial.

“Jadi sebab itu dikatakan peperangan di media sosial amat penting kerana siapa yang menang akan menang dalam memberi gambaran naratif persepsi masing-masing.

“Jadi ini dikatakan amat kritikal sekali yang manaĀ hackersĀ inilah melakukan kerja mereka,” katanya.

Beliau berkata, dunia ketika ini banyak bergantung kepada teknologi seperti komunikasi dan dalam hal ini satu daripada peperangan di alam maya adalah untuk melumpuhkan sistem yang digunakan oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF).

“Tetapi kita juga perlu berhati-hati sebab IDF juga boleh bertindak balas kepada kita.

“Sebab itu ketika ada ugutan daripada IDF umpamanya terhadap Malaysia, kita perlu berhati-hati kerana mereka juga boleh melakukan serangan maya terhadap fasiliti kita. Jadi perlu bersedia dalam hal ini,” katanya.

Ditanya adakah situasi waktu ini menandakan ambang Perang Dunia Ketiga, katanya, beliau berkata, ia belum sampai ke peringkat itu.

Ini kerana, katanya, ketika ini negara yang secara langsung campur tangan dalam konflik Palestin-Israel hanya AS.

“Negara kuasa besar lain seperti Russia dan China dikatakan belum campur tangan secara mendalam.

“Jadi belum sampai lagi peringkat di ambang Perang Dunia Ketiga,” katanya.

Apa pun, katanya, perisikan dan cawangan khas negara perlu lebih peka dengan ancaman Israel berikutan dibimbangi tragedi pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, yang juga imam dari Palestin pada 2018 berulang lagi.

Dilaporkan pada waktu itu memetik kenyataan Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash bahawa pembunuhan di Setapak, Kuala Lumpur itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lalu diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin minggu lalu.

Serangan udara yang masih berterusan khususnya di Gaza adalah susulan pencerobohan tentera rejim Israel terhadap bumi Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

UTAMABERITAStrategi penggodam, warganet Malaysia berkesan - Pakar Geostrategis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium