Strategi PKR hanya calonkan Wan Azizah jerat diri sendiri - pakdin.my

wan-azizah-sidang-dun

Strategi PKR hanya mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor supaya Sultan Selangor tiada pilihan lain akhirnya memerangkap parti itu sendiri.

Bukan itu sahaja, malah tindakan PKR yang turut disokong DAP dengan menghantar nama Adun Kajang itu sebaliknya mengundangkan dukacita Sultan Selangor yang turut menganggap kedua-dua parti itu biadap dan menderhaka kepada baginda dan instutusi Raja-Raja.

Ini bermakna PKR tidak lagi perlu memutuskan untuk menghantar nama lain kepada istana bagi menggantikan Wan Azizah kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya akan meneliti senarai nama yang sudah dihantar oleh parti dalam Pakatan Rakyat.

Selain nama Wan Azizah, baginda juga akan meneliti tiga nama Adun yang dihantar oleh PAS.

Malah dengan kuasa melantik menteri besar terletak pada budi bicara Sultan Selangor, baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari pakatan rakyat yang berkelayakan pada fikiran baginda mendapat kepercayaan majoriti Adun.

Sebenarnya, dengan 15 Adun PAS dan sembilan lagi Adun PKR Melayu dan beragama Islam, baginda boleh memilih siapakah antara mereka paling layak mentadbir Selangor.

Pemilihan bakal menteri besar itu tentunya bukan sahaja sokongan majoriti Adun-Adun di Selangor malah kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seorang Adun tersebut.

Perkara lain, Adun atau menteri besar yang dilantik nanti mestilah sesaorang yang dapat bekerjasama dengan baginda.

Sekiranya baginda memilih menteri besar bukan kalangan Adun PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim patut menyalahkan diri sendiri kerana keputusan mencalonkan Wan Azizah semata-mata, bukanlah satu langkah bijak.

Sepatutnya PKR sudah maklum dengan tanda-tanda dan spekulasi bahawa Wan Azizah mungkin tidak akan dilantik sebagai menteri besar namun PKR memilih untuk berkeras malah sanggup ‘bersengketa’ dengan PAS – sekutu mereka yang awal-awal lagi menolak pencalonan Wan Azizah.

Tidak salah jika PKR turut menerima cadangan PAS dengan mencalonkan Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar.

Setidak-tidaknya ini memberi pilihan kepada pihak Istana tetapi PKR lebih rela diaggap derhaka dan biadap semata-mata mahu memastikan Wan Azizah sahaja dilantik menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berdasarkan situasi ini, tidak mustahi Khalid akan kekal sekiranya Sultan Selangor percaya Adun Bebas Pelabuhan Klang itu masih dapat sokongan dan kepercayaan Adun-Adun lain untuk terus mentadbir Selangor.

Malang buat PKR, selepas Langkah Kajang bertukar Kejang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran dan kini nasi sudah menjadi bubur malah perangkap menjerat diri sendiri.

UTAMAPOLITIKStrategi PKR hanya calonkan Wan Azizah jerat diri sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium