Thursday - July 29, 2021 @ 22:15
BERITAStraw ‘ajaib’ hilangkan sedu serta- merta

Straw ‘ajaib’ hilangkan sedu serta- merta

AUSTIN – Sejenis straw minuman  dinamakan  HiccAway dicipta khas untuk menghilangkan masalah sedu dengan pantas, lapor Oddity Central, kelmarin.

Digambarkan sebagai alat penyedut minuman dan telan paksa, HiccAway pada  adalah sejenis plastik khas  direka untuk menghilangkan simptom sedu dengan segera.

Menurut kajian terbaharu, alat berbentuk L itu  hampir 92 peratus berkesan merawat masalah sedu.

Cara menggunakan HiccAway adalah hanya menghirup air daripada gelas menggunakan straw itu bagi menghilangkan sedu hampir serta-merta.

Sedutan kuat diperlukan bagi menghirup air melalui alat tersebut.

Pakar Neurointensivis dari Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas di San Antonio, Dr. Ali Seifi, mencipta HiccAway yang diinspirasikan daripada sudu aiskrim McFlurry anaknya.

“Ia berfungsi dengan pantas dan kesannya bertahan selama beberapa jam,” kata Seifi.

Tambahnya, asas fungsi HiccAway adalah ia membuatkan otak kita terlupa untuk menghidupkan diafragma yang mendorong simptom sedu.

HiccAway boleh didapati di pasaran pada harga AS$14 (RM58). – Agensi

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here