25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

SU Agung: ‘Kalau MCA anti-Islam, DAP bagaimana?’ @Tantawi100 @nikabdulaziz

Di sebalik dakwaan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bahawa MCA sebagai anti-Islam, beliau kini harus menjawab persoalan “adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti Islam?”

Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha.

“MCA tidak pernah kata Islam tidak baik, malah bukan prinsip MCA anti-Islam,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Pas kini berhadapan dengan keadaan yang semakin tertekan apabila kerjasama parti itu terutama sekali dengan DAP terus dipertikaikan.


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum ini menegaskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membela kerjasama parti itu dengan DAP sebagai “menghiris hati ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar.”

Hasan mengingatkan Nik Aziz berhubung pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Penasihatnya Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, pada akhir Ogos lalu, mendakwa Karpal sebagai anti-Islam kerana menentang hukum hudud.

Ekoran kenyataan itu, Karpal berkata mahu mengambil tindakan undnag-undang ke atas Nasharudin.


Menerusi satu tulisan di blognya, dipetik Harakahdaily, Nasrudin melabelkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai seorang yang mempamerkan “sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya”.

Beliau memberikan beberapa contoh kenyataan Soi Lek yang disifatkannya sebagai perbuatan anti-Islam.

Dalam tulisannya, beliau juga menyenaraikan pendirian dan kenyataan pemimpin-pemimpin MCA yang lain.


Mengulas lanjut, Cho Ha berkata, tulisan Nasrudin itu jelas sekali atas dasar kepentingan politik semata-mata.

Bahkan beliau mempersoalkan kesahihan butiran-butiran yang ditulis Nasrudin sama ada ia diberikan perspektif yang betul atau hanya untuk mencari salah Presiden MCA itu.

“Persoalannya adakah ia benar atau tidak? Sama ada ia (perbuatan mencerca Islam) berlaku atau sebaliknya,” katanya.

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan