Thursday - August 5, 2021 @ 19:11
BERITANASIONALSuami isteri dituduh bunuh amah Kemboja

Suami isteri dituduh bunuh amah Kemboja

Chin Chui Ling, 41

BUKIT MERTAJAM – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan niat bersama membunuh seorang amah warga Kemboja pada 1 April lalu.

Tertuduh Soh Chew Tong, 43 dan Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu terhadap Mey Sichan, 24, seorang warga Kemboja di premis bernombor 2190 Taman Asas  Murni, Jalan Bukit Minyak antara 1 Januari hingga 1 April.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka yang diwakili peguam bela Michael K.L Chee hanya tunduk ketika pertuduhan dibacakan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Soh Chew Tong, 43

 Majistret Chiang Kian Hong menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurdeenie Abdul Rashid.

Akhbar melaporkan mayat mangsa ditemui di atas katil dalam sebuah stor barang di tingkat dua premis perniagaan milik kedua-dua tertuduh.

Mangsa bekerja dengan pasangan suami isteri itu sejak September tahun lepas dan mula didera sejak beberapa bulan lepas.  – Bernama

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here