Suami Isteri Maut Dirempuh Ketika Berjogging - pakdin.my

Suami Isteri Maut Dirempuh Ketika Berjogging

Sepasang suami isteri maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjogging awal pagi tadi di Jalan Raja Dr Nazrin, Ipoh, Perak.

Pasangan terbabit tercampak lebih 10 meter setelah dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Jurucakap polis berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi.

Kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dikatakan terbabas lalu merempuh pasangan suami isteri berkenaan yang berjoging di bahu jalan.

Akibat rempuhan, Lee Woon Bin yang cedera di kepala maut di tempat kejadian.

Manakala isterinya Teh Siew Choon disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan melulu dan menyebabkan kemalangan maut.

 

UTAMABERITASuami Isteri Maut Dirempuh Ketika Berjogging

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium