25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Suara Mahasiswa Perlu Berdasarkan Fakta, Bukan Retorik – PM @NajibRazak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bergambar bersama para pemenang Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya. Kategori Bahasa Malaysia di menangi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menewaskan pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia manakala bagi kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara yang menewaskan UIAM. Juara membawa pulang Piala Perdana Menteri dan wang tunai RM25,000 bagi setiap kategori.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.

Beliau berkata pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.

“Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza dari kerajaan,” katanya selepas menyaksikan pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 kategori Bahasa Malaysia di Universiti Malaya, di sini, Rabu.

Najib juga berkata era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir dan pindaan pada Akta Universiti dan Kolej Universiti awal tahun ini juga dibuat bagi mengalak keterbukaan mahasiswa berfikir secara kreatif dan kritis.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau juga mahu melihat generasi baru dibangunkan melalui cara yang tersusun dan terancang manakala perubahan yang dibuat harus mengutamakan keberhasilan yang positif.


“Kita semua berkehendakkan perubahan, tetapi apa yang penting ialah keberhasilannya itu, bukan perubahan itu dijadikan retorik ataupun slogan sahaja,” katanya.

Pertandingan akhir itu menyaksikan perdebatan antara Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM) mengenai usul yang bertajuk ‘Dewan ini percaya tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan’.

Pertandingan debat kali kedua itu dianjurkan oleh Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan.

UIA muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 manakala UKM, selaku nain johan, menerima hadiah wang tunai RM15,000.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan