Subsidi Minyak Yang Merugikan Rakyat?

Tidak ada satu sistem ciptaan yang sempurna di dunia ini, cuma yang ada hanyalah satu sistem yang lebih baik dari sistem lain.

Begitu juga dengan sistem agihan subsidi bersasar cadangan Kerajaan PH yang hendak mensasarkan agihan subsidi terkawal menggunakan kad yang telahpun dikaji oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Kajian tersebut telah mendapati bawah sistem kad ini mempunyai kelemahan, ketirisan dan ruang terbuka luas untuk salah guna disamping kos perlaksanaan dan selenggara yang teramat tinggi.

Maka, Kerajaan BN tidak bersetuju dengan sistem ini dan melakukan agihan subsidi melalui BR1M.

Jumlah had bulanan yang dicadangkan Kerajaan PH hanyalah RM30 sebulan dengan jumlah setahun sebanyak RM360.

Nampak seolah-olah pemberian baru, namun jumlah ini sebenarnya telah ‘dicuri’ daripada nilai BR1M yang telah dikurangkan sehingga RM1000 sahaja setahun.

Tidak ada salahpun sekiranya nilai RM360 ini diletakkan ke dalam jumlah keseluruhan BR1M, tetapi atas dasar hendak mengumumkan sesuatu yang kononnya ‘wow’ di mata rakyat, sanggup mengalihkan wang ini daripada BR1M.

Saya mempersoalkan juga sekiranya skim ini dilaksanakan, siapakah pembekal yang akan dipilih oleh Kerajaan PH untuk membekal dan menyelenggara sistem ini?

Berapa pula kos pembekalan dan penyelenggaraan ini? Bukankah sebaiknya wang yang dibayar bagi mewujudkan sistem baru ini diberi kepada rakyat dalam bentuk BR1M atau apa jua nama bantuan yang hendak dijenamakan semula oleh Kerajaan PH.

Rakyat seharusnya menilai dengan melihat gambaran yang lebih besar tanpa tertipu dengan ‘silap mata’ yang dimainkan oleh Kerajaan PH dalam usaha mengalihkan pandangan kepada isu yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Yang jelas, pembentangan Bajet kali ini amat mengelirukan dan sebahagian daripada polisi yang dibentangkan tidak membawa manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah.

Perdana Menteri meminta rakyat untuk berusaha lebih tanpa mengharapkan kerajaan, tetapi pada akhirnya, apa guna ada kerajaan sekiranya rakyat tidak boleh bergantung harap.

#BajetGagal #BajetRakyatSengsara #Bajet2019

Sumber: Salahuddin Al-Ayubi

(Visited 7 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

3 Replies to “Subsidi Minyak Yang Merugikan Rakyat?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.