Sudah jelas Zakir Naik menimbulkan ketegangan kaum – Mahathir

“Saya sendiri tidak pernah buat kenyataan orang Cina pergi balik China tetapi beliau (Zakir Naik) datang ke sini, dia boleh cakap begitu,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

- Advertisement -

Menurut Dr. Mahathir, kedudukan pendakwah Islam yang berasal dari India itu akan ditentukan melalui proses perundangan yang adil.

Tambahnya, sebagai seorang penduduk tetap, Zakir tidak boleh bercakap mengenai politik apatah lagi menyentuh mengenai perkauman yang merupakan isu sensitif di negara ini.

“Pertama sekali saya tidak tahu siapa yang beri status PR kepada beliau tetapi sebagai PR seseorang itu tidak boleh bercakap mengenai politik kaum.

“Dia boleh berceramah tetapi dia bercakap mengenai hantar orang Cina balik ke China, itu politik.

“Kita mesti sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita cakap kerana ianya sensitif kepada masyarakat lain,” tegasnya.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan tidak pernah berniat untuk menghalang Zakir daripada mengadakan ceramah agama asalkan beliau tidak bercakap mengenai politik.

“Kita tidak mahu halang dia (daripada ceramah agama) tetapi agak jelas yang beliau mahu masuk campur politik kaum di Malaysia.

“Beliau mahu menyemarakan ketidakharmonian kaum di negara ini.
Ini sesuatu yang tidak baik.

“Polis terpaksa menyiasat sama ada beliau cuba menyebabkan ketegangan kaum di negara ini atau tidak tetapi sudah jelas, beliau memang ada berbuat demikian.

“Apa jua tindakan yang akan diambil, ia akan mengikut lunas undang-undang,” katanya lagi.

Zakir Naik atau nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik, 54, sering mencetuskan kontroversi bagaimanapun namanya kembali hangat sejak beberapa hujung bulan lalu apabila Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan permohonan India untuk mengekstradisi beliau.

Malaysia bagaimanapun tidak berhasrat untuk menghantar beliau malah Perdana Menteri sendiri mengesahkan Zakir tidak akan dideportasi ke India kerana beliau mungkin akan dibunuh tetapi Malaysia tidak mempunyai masalah untuk menghantarnya ke negara lain yang sudi menerima penceramah bebas itu.

Pada 8 Ogos lalu, Zakir membuat kenyataan berbaur perkauman semasa menyampaikan ceramah di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa berbincang mengenai status penduduk tetap (PR) yang dipegang beliau.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.