Sudah terhantuk baru tengadah: Hadi Awang mohon ketepi saman - pakdin.my

hadi awang 8-1-2013

Setelah terhantuk, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Khamis akhirnya terngadah.

Abdul Hadi hari ini memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini, Ahad lalu.

Permohonan itu dikemukakan melalui peguamnya, Asmuni Awi, di Mahkamah Tinggi di sini.

Abdul Hadi pada Ahad lalu diperintahkan membayar RM2 juta kepada bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas tiga kali gagal hadir pada sebutan kes itu di mahkamah.

Selain saman, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Mohd Shamsul memfailkan saman fitnah RM2 juta terhadap Abdul Hadi atas dakwaan memfitnah dirinya pada satu ceramah PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu yang mendakwa ada penjual pil kuda di kalangan calon PKR.

Shamsul menyifatkan tuduhan Abdul Hadi sebagai fitnah seterusnya mengundang penderitaan.

Bekas calon PKR DUN N25 Bukit Besi Terengganu pada PRU13, lalu Mohd Shamsul Mat Amin berkata fitnah tersebut juga mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap dirinya.

“Saya menderita akibat fitnah ini. Ucapan-ucapan itu telah disiar di semua media utama termasuk internet malah ucapan video juga dimuatnaik di laman YouTube.

“Daripada ucapan tersebut saya sentiasa diaibkan, di ejek dikalangan masyarakat, jejaskan perniagaan saya, kepercayaan masyarakat, hubungan persaudaraan antara sahabat malah keluarga juga ada yang percaya,” katanya.

Jelas Shamsul, Hadi perlu menjawab berkenaan ucapan yang dibuat.

“Dia (Hadi) kena jawab mana satu calon pil kuda. Buat (ucapan) di Terengganu, fokus kepada calon di sini.

“Calon daripada PKR hanya enam orang dan tiga bertindih (dengan calon PAS). Yang bertindih ini dikatakan sebagai calon pil kuda.” jelas beliau.

Namun Abdul Hadi tetap tidak menyahut gesaan Shamsul dan bila sekalipun disaman di mahkamah, Presiden PAS itu mengambil sikap tidak endah.

UTAMAPOLITIKSudah terhantuk baru tengadah: Hadi Awang mohon ketepi saman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium