Sudah Tiba Masa Kerajaan Tapis Internet – Tun Dr Mahathir

mahathir-tambak-johor

Sudah tiba masa untuk kerajaan menapis Internet, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaru blog beliau http://chedet.cc, Jumaat, bekas Perdana Menteri itu berkata:”Tidak mengetahui kuasa Internet, saya telah berjanji bahawa kami (bercakap sebagai perdana menteri Malaysia ketika itu) tidak akan menapisnya.

“Tetapi masa ini, telah menukar fikiran saya, kerana pemain-pemain, termasuk mereka yang mengawal server, melakukan tapisan mereka sendiri tentang apa yang boleh disiarkan dalam media alternatif ini.

“Saya sendiri merasai bahana tapisan itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau pertama kali menggunakan platform antarabangsa itu untuk menghoskan blog beliau. Apabila ratusan ribu mengunjungi blog itu, tiba-tiba platform itu menolak menjadi hos laman blog beliau.

“Saya telah menukar platform tetapi sekali lagi ia disekat. Saya kini telah menukar server dan platform sebanyak tiga kali. Namun masih ada cubaan untuk menyekat blog saya,” katanya.

Dr Mahathir berkata internet telah memain peranan penting dalam menjejaskan moral awam.

Leave a Reply