Suhakam Gesa Kelantan Selesaikan Segera Masalah Orang Asli - pakdin.my

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan Kelantan agar menyelesaikan segera masalah membabitkan masyarakat Orang Asli di negeri itu.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata kerajaan negeri Kelantan perlu melindungi hak Orang Asli di negeri mereka, terutama dalam aspek hak tanah nenek moyang dan hak kehidupan kaum itu.

“Sehubungan itu, Suhakam menggesa semua kerajaan negeri supaya menghormati keputusan mahkamah yang telah memberi hak tanah kepada Orang Asli dan mengadakan lebih banyak rundingan terbuka bersama masyarakat itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini Selasa.

Hasmy mengulas insiden polis menahan 13 penduduk masyarakat Temiar, yang dipercayai mengetuai perhimpunan haram mewakili 800 penduduk kaum itu di Kampung Parik, Gua Musang pada Selasa lepas, kerana membantah tanah adat mereka diceroboh dengan aktiviti pembalakan dan pembukaan ladang.

Susulan kejadian itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dilapor berkata tidak ada kategori tanah adat di Kelantan kecuali tanah hutan simpan, tanah kerajaan dan tanah milik.

Beliau turut mendakwa bantahan itu disebabkan Jaringan Orang Asal Semenanjung (JOAS) yang berpangkalan di luar Kelantan, telah dihasut untuk mengajak kumpulan Orang Asli tersebut berdemonstrasi atas isu tanah adat.

Bagaimanapun, menurut Hasmy pihaknya difahamkan bantahan itu berlaku kerana aktiviti pembalakan masih diteruskan walaupun selepas pihak berkuasa negeri memberi jaminan untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati masyarakat Temiar tersebut pada pertengahan bulan ini.

Beliau turut menegur tindakan polis dalam menangani demonstrasi itu yang menunjukkan sikap kurang sensitif dan pemahaman tentang nasib rakyat yang terpinggir.

Hasmy berkata pihaknya sedang menjalankan inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asli bagi merangka syor kepada kerajaan pusat dan negeri agar mengkaji semula perundangan domestik tanah dan dasar yang menerapkan pendekatan hak asasi.

UTAMABERITASuhakam Gesa Kelantan Selesaikan Segera Masalah Orang Asli

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium