Thursday - July 29, 2021 @ 23:36
GAYA HIDUPGelaran 'Datuk' diharap bakar semangat Azizulhasni - Reezal

Gelaran ‘Datuk’ diharap bakar semangat Azizulhasni – Reezal

Penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk kepada Mohd Azizulhasni Awang diharap dapat membakar semangat atlet itu untuk terus mengharumkan nama negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi hantaran di laman Facebook hari ini turut mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara itu.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni Awang… Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi di Olimpik #Tokyo2020 ini,” katanya.

Mohd Azizulhasni, 33, yang juga juara dunia keirin 2017 adalah antara enam individu termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus yang dikurniakan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mohd Azizulhasni yang diletakkan sebagai prospek utama meraih pingat emas sulung Sukan Olimpik negara, bersama seorang lagi atlet berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dijadual mengambil bahagian dalam acara keirin dan pecut individu di Olimpik Tokyo bermula 4 Ogos ini.

— BERNAMA

 

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here