Statistik Corona

Malaysia
2,436,498
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Malaysia
2,334,783
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Malaysia
73,223
Active
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Malaysia
28,492
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am

Global

All countries
244,800,167
Confirmed
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
All countries
220,204,473
Recovered
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am
All countries
4,969,812
Deaths
Updated on October 26, 2021 09:34 9:34 am

Sukan : KBS pertimbang bawa isu Ziyad ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membawa isu Muhammad Ziyad Zolkefli ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya gagal meyakinkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Persatuan Olahraga Para Dunia (WPA).

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sebelum itu KBS akan memohon agar satu sesi pendengaran khas IPC dan WPA terhadap rayuan yang dikemukakan sebelum ini.

“KBS juga akan meneliti pandangan daripada  jawatankuasa siasatan dalaman yang ditubuhkan untuk merancang pelan tindakan susulan bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) mengenai insiden yang berlaku,” katanya ketika menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada 31 Ogos lepas, Muhammad Ziyad dinafikan pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m), yang juga rekod baharu dunia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 31 tahun itu diklasifikasi sebagai ‘Did Not Start (DNS)’ atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine, yang mendakwa beliau lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.

Susulan insiden itu, Ahmad Faizal berkata KBS akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) penyertaan atlet ke temasya sukan antarabangsa terutama yang melibatkan atlet paralimpik supaya perkara sama tidak berulang.

Sementara itu, beliau berkata KBS berhasrat untuk membangunkan satu polisi komprehensif industri sukan yang holistik bagi memastikan sektor industri sukan negara dibangunkan secara tersusun, teratur dan berdaya saing.

“Sektor industri sukan wajar diberi perhatian serius memandangkan keupayaannya untuk menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Malaysia walaupun dianggap industri yang baru berumur dua dekad. Potensi industri sukan amatlah besar untuk kita terokai,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021