Kehadiran Wan Rohaimi lonjak prestasi PDRM FC

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Kehadiran Wan Rohaimi Wan Ismail selaku ketua jurulatih baharu PDRM FC berjaya membantu pasukan berkenaan bangkit mempersembahkan aksi bertenaga berbanding prestasi di awal musim Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Sejak dilantik pada 31 Mac lepas, Wan Rohaimi berjaya membuktikan sentuhannya apabila PDRM FC, yang sebelum ini menjadi dua pasukan tercorot liga berjaya mendaki ke kedudukan kelapan dengan 11 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Lebih menarik,  pasukannya mencuri perhatian ramai dengan mengejutkan pendahulu liga, Sarawak United 2-0 pada aksi kesembilan Liga Premier.

Jurulatih berusia 45 tahun itu bersyukur pengalaman pertamanya sebagai pengendali pasukan dalam kancah Liga-M menunjukkan beliau berpotensi untuk menjadi antara pelapis jurulatih tempatan.

Bagaimanapun, beliau enggan terbuai dengan prestasi semasanya kerana merasakan masih banyak perkara perlu diperbaiki pasukannya sekiranya mahu melangkah lebih jauh selepas ini.

-“Bola sepak Malaysia ini semuanya berkaitan dengan pengalaman dan itu sentiasa menjadi perhatian utama mana-mana pengurusan pasukan dalam mendapatkan khidmat jurulatih tempatan.

“Jadi apabila mendapat peluang sebegini, saya akan cuba sebaik mungkin untuk buktikan kemampuan dan syukur kerana segala perkembangan di sini tampak amat baik sejak hari pertama datang ke sini,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sementara itu, Wan Rohaimi menyatakan keyakinan pasukannya mampu mendapatkan slot ke Piala Malaysia selain memberikan tekanan kepada kelompok pasukan teratas liga.

“Kami mendapat khidmat beberapa pemain tempatan baharu bagi perkuatkan cabaran pasukan dengan dua dari Penang FC, Nurfais Johari dan Azrie Reza selain Saiful Hasnol yang pernah beraksi dengan UKM sebelum ini.

“Sementara untuk pemain import, kami melepaskan pemain pertahanan, Victor Kamhuka dan sudah mendapatkan seorang pemain di barisan hadapan yang akan diperkenalkan tidak lama lagi,” katanya.

Wan Rohaimi merupakan bekas pemain kebangsaan dari 1999 hingga 2006, dan dikenali sebagai pemain serba boleh apabila menunjukkan aksi membanggakan selaku penyerang, pemain tengah dan pertahanan beberapa pasukan Liga-M. — BERNAMA

BACA juga:

Leave a Reply