Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm

Global

All countries
245,310,781
Confirmed
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
All countries
220,679,369
Recovered
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm
All countries
4,979,544
Deaths
Updated on October 27, 2021 14:36 2:36 pm

Sukan : Piala Sudirman: Malaysia ke suku akhir, kalahkan Mesir 5-0

Skuad badminton negara terdiri daripada barisan pemain muda kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Sudirman 2021 selepas menewaskan Mesir 5-0 di Vantaa, Finland, malam ini.

Rentak kemenangan skuad negara bermula dengan aksi beregu campuran di ranking ke-49 dunia Cheng Tan Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan Ahmed Salah-Nour Ahmed Youssri 21-6, 21-7 dalam 20 minit masa perlawanan untuk mata pertama Malaysia.

Mata kedua diperoleh menerusi perseorangan lelaki Ng Tze Yong selepas menamatkan tempoh 24 minit perlawanan dengan kemenangan 21-8, 21-2 mengalahkan Mohamed Mostafa Kamel.

Malaysia mengesahkan tempat di suku akhir apabila pemain di ranking 134 dunia Eoon Qi Xuan mengecewakan Doha Hany yang menduduki ranking ke-113, 21-5, 21-7 dalam perseorangan wanita.

Mesir yang hanya menyenaraikan empat pemain, menurunkan gandingan Mohamed Mostafa-Ahmed untuk berdepan Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk aksi beregu lelaki, dengan kemenangan berpihak kepada pasangan negara 21-7, 21-6.

Beregu wanita Teoh Mei Xing-Yap Ling melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia selepas mengalahkan Nour-Doha 21-4, 21-9.

Malaysia melakukan perubahan menurunkan barisan kedua selepas skuad negara mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas England pada perlawanan pembukaan semalam dengan merehatkan perseorangan utama Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (beregu campuran), S Kisona (perseorangan wanita) dan Pearly Tan-M.Thinaah (beregu wanita).

Malaysia bakal berdepan Jepun bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan pada Khamis 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dalam penentuan juara kumpulan.

Untuk rekod, Malaysia mara ke separuh akhir Piala Sudirman pada edisi 2009 di Guangzhou, China manakala pada edisi 2019 di Nanning, China, skuad negara terkandas di suku akhir.

Sementara itu, Jepun yang diketuai pemain nombor satu dunia Kento Momota menempah slot ke suku akhir selepas mengesahkan kemenangan ke atas England dalam satu lagi perlawanan kumpulan D. Jepun memulakan kempen Piala Sudirman 2021 dengan menewaskan Mesir 5-0, semalam.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021