24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Suku Akhir Piala Malaysia Pusingan Pertama – Terengganu, Selangor Menang Selesa

 

Juara Liga Super, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.

Lima kad merah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dengan tiga menjadi milik Kelantan melalui Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaluddin dan Aziz Ismail sementara dua kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Zubir Azmi.

Di Stadium Shah Alam, Selangor terus mempamerkan rentak cemerlang apabila menang 3-1 ke atas Perak dengan dua jaringan melalui Safiq Rahim dan satu lagi gol oleh Mohd. Amirulhadi Zainal sementara gol tunggal Perak dicipta Mohd. Failee Mohd. Ghazli.

Felda United mengejutkan Negeri Sembilan dengan jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala T-Team menjadi satu-satunya pasukan pelawat yang mencatatkan kemenangan pada malam ini dengan keputusan 2-1 mengatasi Sabah di Stadium Likas dengan kedua-dua gol dihasilkan oleh Indra Putra Mahayuddin.

SABAH 1 – T-TEAM 2
SELANGOR 3 – PERAK 1
FELDA UNITED 1 – N SEMBILAN 0
TERENGGANU 3 – KELANTAN 1

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.