Sultan Ibrahim berkenan kurnia sumbangan RM1 juta, Kerajaan Negeri tiada wang urus bencana - pakdin.my

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi dapat memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang di perlukan.

“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.

“Tuanku Sultan turut berpendapat dengan kurniaan sumbangan peribadi Baginda, ia dapat membantu pihak berkuasa serta agensi penyelamat seperti Bomba dan PDRM memperlengkapkan pasukan mereka demi membantu rakyat,” titah DYMM Permaisuri Johor kepada Royal Press Office hari ini (14 Mac).

Dalam satu kenyataan sebelum ini, DYMM Sultan Johor murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda Tuanku Sultan mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu.

https://pakdin.my/pencemaran-toksid

UTAMABERITASultan Ibrahim berkenan kurnia sumbangan RM1 juta, Kerajaan Negeri tiada wang urus...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium