30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

SULTAN IBRAHIM CABAR MAHATHIR

20170107-najib_forestcityJOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyenaraikan kepada Johor pelaburan besar dari negara Arab, Australia atau Amerika Syarikat (AS) daripada terus ‘menghentam’ pelaburan China.

Baginda menyatakan rasa kecewa terhadap isu perkauman yang dibangkitkan segelintir ahli politik untuk menjejaskan emosi rakyat Johor dengan bertitah “tindakan itu merupakan kes jelas bertujuan mensabotaj ekonomi dan menghasut sentimen perkauman”.

“Jika pelabur mahu melabur di Johor Bahru, adakah kita kata ‘ tidak, tidak, jika anda dari China, anda tidak boleh datang’.

“Adakah logik di situ? Sesiapa sahaja yang berfikiran waras tahu pelabur China antara yang terkaya dan paling berpengaruh pada hari ini.

“Jadi mengapa ada masalah? Beta mengalu-alukan semua pelabur.

“Dr Mahathir fikir ia mudah untuk membangkitkan isu perkauman kerana pelabur ini datang dari China.

“Sikap ini amat menjijikkan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, syarikat Malaysia dengan kerjasama kaum Cina dan Melayu turut akan mendapat manfaat daripada penubuhan syarikat China di sini.

Dalam satu temubual eksklusif, baginda bertitah Johor perlu lebih agresif dalam mempromosikan negeri itu untuk menarik lebih banyak perniagaan baharu.

“Oleh sebab itu, beta sendiri pergi mencari pelabur ke negeri ini.

“Kami perlu lebih banyak negara untuk mewujudkan misi dagangan di Johor, sama seperti dilakukan kerajaan British Columbia, Kanada.

“British Columbia akan membuka pejabat wakil Perdagangan dan Pelaburan yang baharu di JB pada Mac ini. Kita tidak boleh terlalu memilih dengan siapa kita menjalinkan hubungan perniagaan.

“Kami berjaya menarik syarikat China, mungkin kita perlu menarik syarikat-syarikat dari India dan negara lain,” titahnya.

Sultan Ibrahim turut menamakan Ibrahim International Business District (IIBD) sebagai projek yang baik untuk memacu negeri itu pada masa hadapan.

Dilancarkan pada November 2015, IIBD disasarkan untuk memacu Johor Baru menjadi sebuah bandar raya bertaraf dunia dan metropolis menjelang 2020.

IIBD yang terletak di Wilayah Ekonomi Johor Selatan di sini dibangunkan di atas tanah seluas 101 hektar sebagai tumpuan antarabangsa untuk pelaburan, perdagangan, aktiviti korporat dan perusahaan.

“Kerajaan Persekutuan perlu memberi insentif khas dan pengecualian cukai bagi memastikan kejayaan projek tersebut yang akan menarik lebih banyak syarikat asing ke negeri itu.

“Sebagai penjaga rakyat, beta tahu apa yang terbaik untuk rakyat Johor,” titahnya.

https://pakdin.my/fdi-mahathir-terus-terjebak-dalam-perangkap-pelaburan-model-lama/

[contentcards url=”https://pakdin.my/fdi-mahathir-terus-terjebak-dalam-perangkap-pelaburan-model-lama/” target=”_blank”]

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan