SULTAN IBRAHIM TIDAK BENARKAN DEMONSTRASI DI JOHOR - pakdin.my

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan membenarkan sebarang demonstrasi jalanan diadakan di negeri itu.

“Tindakan orang ramai berkumpul dan menghina pemimpin dan invididu tertentu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Beta menekankan bahawa sebarang bantahan tiada boleh diadakan di Johor,” titah baginda.

Sultan Ibrahim menambah, demonstrasi sedemikian hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat.

Ketika menyampaikan dikri baginda pada Himpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang di sini, Sultan Ibrahim turut menggesa pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu serta Bangsa Johor agar tidak menyertai demonstrasi jalanan.

Sultan Ibrahim berkata, jika ada pihak tidak berpuas hati dengan Kerajaan, mereka perlu menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan perkara itu berbanding mengadakan demonstrasi.

“Pergi berjumpa dengan wakil rakyat yang telah dipilih dan jika mereka gagal menyampaikan suara anda, maka pilih pemimpin baharu yang boleh melaksanakan tanggungjawab itu,” kata baginda.

20161103-sultan-ibrahim

UTAMABERITASULTAN IBRAHIM TIDAK BENARKAN DEMONSTRASI DI JOHOR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium