24.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 9, 2021

Sultan Johor dukacita kes kahwin di India

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita berhubung berita perkahwinan seorang wanita tempatan berasal dari Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan tidak berdasarkan hukum Syara’ di India baru-baru ini.

Baginda telah bertitah agar semua usaha yang perlu dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut bagi memastikan kesahihan berita itu dalam tempoh terdekat.

“Oleh itu, isu berkaitan perkahwinan yang tular di media sosial itu hendaklah ditangani dengan penuh kebijaksanaan apatah lagi ianya melibatkan hubungan antara agama, kaum malahan dua negara,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.