31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Sultan Kedah Mahu Hak Eksklusif Umat Islam Dihormati

titah-sultan-kedah

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum menghormati hak eksklusif umat Islam agar kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama, terus terpelihara.

Baginda bertitah pembinaan perpaduan telah melalui proses yang cukup matang dan menjadi kekuatan kepada kestabilan dan keharmonian yang dikecapi rakyat.

“Lantaran itu beta menyeru agar isu-isu agama dan sensitiviti kaum yang berupaya menjadi ancaman, wajar dielakkan selain wajib mematuhi asas Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

“Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati,” titah baginda pada istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena keputeraan baginda ke-86, Ahad.

Titah ucapan Sultan Abdul Halim bertema ‘Memahat Sejarah, Membina Negeri Yang Gagah’ dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Baginda bertitah penggunaan kalimah ‘Allah’ yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

“Kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. Inilah resmi dan amalan masyarakat majmuk yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian rakyat selama ini,” titah baginda.

Sultan Abdul Halim turut menasihatkan umat Islam agar menolak fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah misalnya fahaman Syiah, agar kepentingan mereka terpelihara.

Dalam konteks Kedah, baginda bangga kerana kecekapan pentadbiran kerajaan negeri melalui dasar-dasar konkrit yang kondusif membolehkan banyak agenda pembangunan fizikal dan kerohanian dapat digerakkan seiring.


Baginda yakin pendekatan perancangan pembangunan menyeluruh yang disertai pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mapan mampu mentransformasikan Kedah menjadi negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Menjadi harapan dan impian beta kecemerlangan bidang pendidikan untuk melahirkan generasi Ulul Albab dan kemakmuran ekonomi selain melihat Kedah menjadi destinasi pelaburan industri teknoloji tinggi.

“Tindakan penting kerajaan adalah mengkomersialkan bidang pertanian dalam usaha menjadikan Kedah Jelapang Padi Makanan Negara wajar dipuji.

“Usaha berterusan ini, tanpa menumpu pada hasil alam sebagai penyumbang pendapatan dengan memajukan sektor pelancongan berteraskan budaya, warisan dan sejarah tamadun tertua di Nusantara, ekopelancongan berteraskan Islam dan pelancongan-kesihatan,” titah baginda.

Terdahulu, Tunku Annuar dalam ucapanya menyeru rakyat Kedah supaya mengambil iktibar pergolakan yang berlaku di negara-negara serantau.

“Saya ingin berpesan janganlah kita jadi fanatik agama, kaum dan parti politik sehingga hilang segala perhitungan dan kewarasan sehingga membawa bencana yang mungkin tidak dapat dipulihkan,” katanya.

Pada istiadat itu, sebanyak 114 orang dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran Kedah.

Turut hadir Raja Muda Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pembesar-pembesar negeri.

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...