“Sultan Melaka” terpaksa “bersemayam” di lokap tiga hari lagi - pakdin.my

Noor Jan Shah tian chua

”Sultan Melaka” terpaksa “bersemayam” di lokap selama tiga hari lagi apabila tempoh reman ke atasnya disambung selama tiga hari lagi mulai Ahad.

Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka untuk menyambung tempoh tahanan reman terhadap ahli perniagaan, Noor Jan Tuah pada Sabtu bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya waris “Sultan Melaka”.

Perintah melanjutkan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948.

Noor Jan, 57, ditahan pada jam 10.50 pagi Selasa lalu di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk menyambut Maulidur Rasul dan melakukan aktiviti bersama ‘pengikutnya’.

Polis kemudiannya mendapat kebenaran Mahkamah Majistret menahan reman lelaki itu selama empat hari pada Rabu.

UTAMABERITA“Sultan Melaka” terpaksa “bersemayam” di lokap tiga hari lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium